PENGENALAN
Larian Merdeka Sejuta Harapan dianjurkan selaras dengan amanat Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dato' Dr. Ali Bin Hamsa yang mencadangkan perkhidmatan awam umumnya dan pejawat khususnya perlu sentiasa kreatif dan inovatif, sentiasa berevolusi dan mencari ruang penambahbaikan untuk meningkatkan kesejahteraan dan kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan sektor awam.
Beliau juga menggesa penjawat awam bersama-sama berganding bahu dan menyokong kerajaan dalam mempertingkatkan produktiviti, penyampaian perkhidmatan yang lebih jitu untuk rakyat dan menugkuhkan imej sektor awam dalam memacu pembangunan Negara.
TOP Team adalah satu pasukan yang ditubuhkan di semua hospital kerajaan yang berperanan untuk memberi pendedahan dan maklumat berkenaan kepentingan pendermaan organ dan tisu terutamanya selepasa kematian kepada orang awam melalui kempen terbuka dan aktiviti yang berkaitan.

TUJUAN
Larian ini diadakan untuk menggalakkan orang awam mengamalkan gaya hidup sihat serta memahami kepentingan menjaga kesihatan, untuk memberi kesedaran tentang pendermaaan organ selepas kematian dan merapatkan hubungan silaturrahim sesama kakitangan Hospital Duchess of Kent dan menjalinkan hubungan yang baik dengan orang awam.
Larian Merdeka Sejuta Harapan bermaksud untuk memerdekakan pesakit yang mengalami kegagalan organ dengan menerima organ yang baru dari penderma.
Larian Merdeka Sejuta Harapan bermaksud untuk memerdekakan pesakit yang mengalami kegagalan organ dengan menerima organ yang baru dari penderma.
OBJEKTIF
- Memaklumkan kepada orang awam tentang kewujudan Pasukan Perolehan Organ Dan Tisu di HDOK
- Memberi dan menyampaikan maklumat mengenai perdermaan organ kepada orang ramai
- Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pendermaan organ selepas kematian
- Pendaftaran pengikrar baru
- Pengumpulan dana untuk malaksanakan aktiviti promosi Perdermaaan Organ di Sandakan